Tuesday, 8 January 2013
Sunday, 6 January 2013
SMK BUKIT GARAM
MOTO SEKOLAH
Usaha . Jaya . Bakti
VISI SEKOLAH
SMK Bukit Garam Cemerlang Menjelang Tahun 2015
LAGU SEKOLAH
Megah setinggi jasamu,
Kami dididik diasuh,
Jaya SMK Bukit Garam,
Megah sepanjang zaman,
Jujur serta dedikasi,
Menyatu semua bangsa,
Cipta semangat waja,
Taatkan agama,
Dengan asasnya rukun negara,
Marilah bersama junjung cita-cita,
Wednesday, 2 January 2013
Wuduk
‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia.
Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”(HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.
Kegunaan Wuduk
Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
.
.
.
SUNAT-SUNAT WUDUK
.
- Baca Bismillah
- Bersugi atau berkumur-kumur.
- Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
- Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
- Memasukkan air ke hidung.
- Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
- Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
- Menyelati janggut yang tebal.
- Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
- Dahulukan anggota kanan.
- Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
- Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
- Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
- Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
- Berdoa selepas wuduk.
.
.
BATAL WUDUK
.
- Tidur baring dan tidur mengiring.
- Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
- Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
- Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
- Bersentuh kulit berlainan jantina yang bukan muhrim tanpa berlapik.
- Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.
Perhatian:
Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
.
.
HIKMAT WUDUK
.
1. Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2. Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3. Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4. Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5. Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6. Menghilangkan rasa letih dan malas.
7. Wajah menjadi lebih cerah, ceria dan berseri.
8. Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.
.
SUNAT-SUNAT WUDUK
.
- Baca Bismillah
- Bersugi atau berkumur-kumur.
- Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
- Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
- Memasukkan air ke hidung.
- Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
- Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
- Menyelati janggut yang tebal.
- Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
- Dahulukan anggota kanan.
- Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
- Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
- Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
- Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
- Berdoa selepas wuduk.
.
.
BATAL WUDUK
.
- Tidur baring dan tidur mengiring.
- Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
- Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
- Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
- Bersentuh kulit berlainan jantina yang bukan muhrim tanpa berlapik.
- Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.
Perhatian:
Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
.Doa
Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.
.
Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.
.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai oleh Allah selain daripada doa.”
.
Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca Al-Fatihah terdapat maksudnya: “Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.” Surah al-Fatihah, ayat 5.
Sabda Rasulullah SAW: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).
.
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).
.
Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf: 180:“Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa yang dipanjatkan.
.
Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.” (Mu’min: 60).
SYARAT DOA
.
SYARAT DOA
Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:
- Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.
- Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.
- Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.
- Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.
- Tidak berdoa untuk perkara maksiat.
- Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
- Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.
- Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
- Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
- Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.
- Tidak gopoh. Jangan mengharap pengmakbulan serta-merta.
- Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.
TUJUAN BERDOA
Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:
- Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
- Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
- Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.
DIPERKENANKAN DOA
DIPERKENANKAN DOA
Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.
Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklahbersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadapqadak dan qadar ketentuan-Nya.
Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.
.
Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:
1. Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.
2. Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.
3. Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan caradiselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.” (HR Ahmad dan Hakim)
.
.
HIKMAH BERDOA
- Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.
- Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.
- Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang.
Tuesday, 1 January 2013
Sahabat. Kita. Sayang. Couple.
Persahabatan itu seperti tangan dan mata,
Saat tangan terluka, mata menangis
Saat mata menangis, tangan akan menghapusnya,
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah,
Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam
11 tanda orang berbahagia..
11 tanda orang berbahagia..
~Kurang bercakap, melainkan yang perlu
~Sentiasa merendah diri (tawwaduk)
~Berkasih sayang sesama makhluk
~Bersahabat dengan orang soleh
~Menjauhi daripada yang haram
~Berguna kepada masyarakat
~Tidak rakus dengan dunia
~Memelihara solat 5 waktu
~Sentiasa mengingati mati
~Pemurah dan baik hati
~sibuk dengan ibadah
p/s : Saya share untuk diri saya juga.. Sebab saya manusia biasa.. Banyak kita perlu muhasabah diri.
~Kurang bercakap, melainkan yang perlu
~Sentiasa merendah diri (tawwaduk)
~Berkasih sayang sesama makhluk
~Bersahabat dengan orang soleh
~Menjauhi daripada yang haram
~Berguna kepada masyarakat
~Tidak rakus dengan dunia
~Memelihara solat 5 waktu
~Sentiasa mengingati mati
~Pemurah dan baik hati
~sibuk dengan ibadah
p/s : Saya share untuk diri saya juga.. Sebab saya manusia biasa.. Banyak kita perlu muhasabah diri.
Doa-doa
Doa supaya terhindar daripada sifat-sifat keji
Doa mohon keampunan dan kesayangan
Doa' mohon ditetapkan pendirian
Ayat penunduk sihir
Peribahasa kali ini..
banyak cakap...................................banyak kesilapan yang terserlah...
lebih baik senyap pandang diri di dalam diri..
muhasabah diri dari menuding sesama sendiri..
perjalanan perjuangan masih jauh...
yang lemah diperkuatkan................yang kurang diperbanyakkan..
yang buruk dipermolekkan.............yang rosak diperbaiki..
yang keruh dijernihkan...................yang terselindung ditonjolkan..
yang jauh didekatkan..................... yang dekat diserasi2kan..
yang pahit dimaniskan................... yang tawar diberi rasa..
yang berat diringankan.................. yang susah disenangkan...
yang besar tak semestinya kuat..... yang kecil tak semestinya lemah..
yang diatas tak semestinya hebat...yang dibawah tak semestinya tak berguna..
yang cerdik tak semestinya betul....yang bodoh tak semestinya salah..
yang diam tak semestinya bisu.......yang tak melihat tak semestinya buta..
lebih baik senyap pandang diri di dalam diri..
muhasabah diri dari menuding sesama sendiri..
perjalanan perjuangan masih jauh...
yang lemah diperkuatkan................yang kurang diperbanyakkan..
yang buruk dipermolekkan.............yang rosak diperbaiki..
yang keruh dijernihkan...................yang terselindung ditonjolkan..
yang jauh didekatkan..................... yang dekat diserasi2kan..
yang pahit dimaniskan................... yang tawar diberi rasa..
yang berat diringankan.................. yang susah disenangkan...
yang besar tak semestinya kuat..... yang kecil tak semestinya lemah..
yang diatas tak semestinya hebat...yang dibawah tak semestinya tak berguna..
yang cerdik tak semestinya betul....yang bodoh tak semestinya salah..
yang diam tak semestinya bisu.......yang tak melihat tak semestinya buta..
Dengan demikian fahamilah wahai diri,
> Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu,
> Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
> Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
> Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
> Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...'
> Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa.
> Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Dengan demikian fahamilah wahai diri,
Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhoi hal diri kita;
Biarlah tidak termasyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhoi hal kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhoaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhoaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhoaan Allah,
USTAZ SHARHAN - PENAWARNYA
Hadis Rasulullah,"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali ada bersamanya ubat."
1) -Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
Petua Islam Ketika Hati Rasa Berserabut
Kebiasaannya apabila kita apabila ditimpa masalah atau mengalami tekanan perasaan, kita akan bersa serba tidak kena. Ada saja yang tidak sedap pada pandangan mata kita. Apa saja yang buat rasa tidak
puas hati. Itu tandanya hati kita berserabut. Untuk hilangkan serabut di hati dan supaya pembaca sekalian ceria semula, jom ikuti petua islam di bawah ketika hati rasa berserabut. InysaAllah, lepas ini rasa serabut itu dapat dikurangkan.
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
5. Cukup Rehat dan Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
6. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)