Sunday, 6 January 2013

SMK BUKIT GARAM



MOTO SEKOLAH

Usaha . Jaya . Bakti

VISI SEKOLAH

SMK Bukit Garam Cemerlang Menjelang Tahun 2015

LAGU SEKOLAH

Megah setinggi jasamu,
Kami dididik diasuh,
Jaya SMK Bukit Garam,
Megah sepanjang zaman,

Jujur serta dedikasi,
Menyatu semua bangsa,
Cipta semangat waja,
Taatkan agama,
Dengan asasnya rukun negara,

Marilah bersama junjung cita-cita,
Demi bangsa dan juga agama.



SEKILAS PANDANG

My Photo
merupakan sekolah menengah
yang pertama di Kota 
Kinabatangan, Sandakan.

Wednesday, 2 January 2013

Wuduk




‘Berwuduk’
 atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia.
Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”(HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.

Kegunaan Wuduk

Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
.
.


.

SUNAT-SUNAT WUDUK


.
  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.
.
.

BATAL WUDUK

.
  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.

Perhatian:

Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
.
.

HIKMAT WUDUK

.
1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.
7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.
8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.



Doa


Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.
.
Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba  kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.
.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.”    (H.R. Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai oleh Allah selain daripada doa.”
.
Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca Al-Fatihah terdapat maksudnya: “Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.
Sabda Rasulullah SAW: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).
.
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).
.
Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf: 180:“Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa yang dipanjatkan.
.
Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).

SYARAT DOA


.
SYARAT DOA
Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:
  1. Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.
  2. Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.
  3. Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.
  4. Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.
  5. Tidak berdoa untuk perkara maksiat.
  6. Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
  7. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.
  8. Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
  9. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
  10. Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.
  11. Tidak gopoh. Jangan mengharap pengmakbulan serta-merta.
  12. Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.



TUJUAN BERDOA
Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:
  1. Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
  2. Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
  3. Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.
        

DIPERKENANKAN DOA


DIPERKENANKAN DOA
Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.
Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklahbersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadapqadak dan qadar ketentuan-Nya.
Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.
.
Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:
1.     Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.
2.     Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.
3.     Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan caradiselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.”   (HR Ahmad dan Hakim)
.
.
HIKMAH BERDOA
  1. Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.
  2. Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.
  3. Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang.